Monday, July 26, 2010
10 Julai, detik bermula.. saat pertama kau menyapaku menerusi sebuah laman sesawang.. dari itu tercetus pertemuan.. kali pertama kita menonton wayang... malam itu kau mula mengusik ku.. namun tingkah mu yang nakal itu tidak sedikit mencuit hatiku.. kerana ku tahu.. aku hanya dianggap bahan ketawa seperti sahabat-sahabat kita yang lain.. malam itu berakhir seperti biasa.. dan hari berikutnya, kita keluar bersama.. walaupun bukan berdua.. namun keakraban kian terase... dan di tarikh 11 Julai ini juga, kali pertama kita melihat bintang dilangit bersama... tatkala itu kau mengajarku mengenal buruj, pada ketika itulah aku mulai mengagumimu. hari demi hari berlalu... kita semakin kerap bertemu... namun bila kau diam membisu.. hati mula berbisik rindu... rindu akan bayanganmu.. rindu mahu mendengar cerita mu.. rindu untuk lebih mengenali dirimu.. semua tentang dirimu buat aku rindu.. rindu itu buat ku tercari-cari.. bila ku tanyakan tentangmu melalui seorang teman kita, kau kata padaku.. kalau rindu katakan rindu.. kerana kau juga rindu pada ku. sejurus bertanya khabarmu, kau datang menemuiku. tersenyum aku melihat kelibat mu,saat itu kau melempar senyuman termanis pada ku, hati berbunga, maka terubat segala rindu. pertemuan itu diakhiri dengan hati yang girang saat kau menghantar ku pulang.. setiba di hadapan rumah ku.. terasa berat kaki ku untuk melangkah masuk.. namun ku gagahkan jua apatah lagi bila kau berjanji akan menghubungiku sebaik kau sampai dirumah nanti.. keesokan harinya adalah hari lahirku. ada yang mengajakmu untuk meraikan bersama.. terasa sunggu gembira dek kesudianmu.. maka bertambahlah saat dan detik manis dalam rentetan kisah kita...
Labels: chenta, sesuDu QeSah cheQ suDu





