Wednesday, April 21, 2010
kenapa kita perlu membenci orang yang pernah kita sayangi setelah sebuah perhubungan itu putus??
tak pernahkah kita terimbas kembali kenangan manis yang pernah dia berikan buat kita?
tak pernah terlintaskah difikiran kita akan kebaikannya untuk kita dulu?
sayang...
selama lebih 3tahun kita menjalani hidup sebagai kekasih..
terlalu banyak kenangan manis yang telah kita kongsi...
tak pernah aku menyangka akan kau membenci diri ini sekelip mata...
maafkan aku jika ada silap ku..
aku tidak berniat melakukan itu..
aku mengerti bukan kau sengaja mahu membenci ku...
aku harap kau dapat renungi segalanya kembali...
kerana aku tahu kau lebih mengenali diri ini..
dan akan kau sedari kau telah menyalah ertikan niat hatiku ini..
Thursday, April 1, 2010
Sahabat, berita pemergianmu benar-benar memberi kejutan. tak pernah ku mengjangkakan kau pergi di usia semuda ini. terasa amat terkilan dengan kehilanganmu ini. manakan tidak, 14tahun usia perkenalan kita, baru beberapa bulan dapat aku bersahabat dengan mu.. bagaikan mimpi kita yang sudah sinonim dengan pergaduhan bila bersua muka mampu menjadi teman rapat dikali terakhir kita bertemu. walaupun persahabatan kita baru bermula.. namun kau tetap sahabat ku.. kau juga taman sejatiku.. takkan pernah aku lupakan segala nasihat dan teguran yang pernah kau berikan padaku.. akan ku semat di ingatan sebagai tanda persahabatan kita.. sahabatku, aku sentiasa mendoakan kau agar tenang disana.. semoga roh mu dicucuri rahmat-NYA dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...





