Monday, June 14, 2010

terkadang ku merasa..
aku patot kembali kepada kehidupan asalku..
cara lama ku...
kerana itu semua menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan berdikari...
aku adalah insan yang terlalu banyak memendam rasa..
terlalu takut untuk meluahkan segala..
dengan alasan aku tak mahu menjadi beban sesiapa..
terkadang terdetik dihati..
andai ku mampun menjadi seperti yang lain..
mampu bercerita..
mampu meluahkan rasa..
namun...
aku bukanlah sang pencerita..
yang mampu menyusun kata..
bagi menceritakan segala..
baik suka mahupun duka..
dan aku hanya mampu menjadi teman setia kepada semua yang mahu berkongsi cerita..
dan aku berdiam selagi tidak ditanya...
dan sudah menjadi kebiasaan...
untuk ku pendam segala rasa...
bagaikan tiada pernah mengalami kesulitan hidup..
dan ku tutupi segalanya bersama semua hilai dan tawa..
namun sebenarnya aku sedar...
segaris senyumku xmampu menutup apatah lagi mengubat luka dihati...

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates