Tuesday, December 29, 2009

cinta yang terpendam

"andai itu suratan takdir, aku redha..", itulah kata-kata terakhir zikri setelah mengetahui bahawa selama ini bukan hanya dia yang memendam rase akan tetapi gadis yang dicintainya turut punya rasa yang sama sepertinya.

nurina, seorang gadis desa yang sederhana, berbudi pekerti mulia dan nilai ketimuran yang tinggi. walau rupanya tidak seindah pekertinya, namun inilah wanita bertuah yang memiliki cinta seorang lelaki bernama zikri.


hari yang dinantikan pelajar tahun enam sek.keb air lanas telah pun tiba. semua pelajar tahun enam menunggu nama mereka di panggil oleh guru untuk mengambil keputusan UPSR mereka. setelah menerima keputusan masing-masing, mereka mula memikirkan perjalanan hidup mereka untuk menempuhi alam yang baru sebagai pelajar sekolah menengah. sebelum mereka menamatkan zaman sekolah rendah, ada antara mereka yang sempat bertukar-tukar alamat supaya tidak terputus hubungan.

setelah menamatkan persekolahan di sek keb air lanas, zikri menymabung pelajarannya di sek.men.ugama tarbiah mardhiah, dan sejak itulah dia mula berutus surat dengan nurina. namun pada awalnya mereka hanyalah sahabat yang tak punya apa-apa rasa antara satu sam lain.

waktu merubah segalanya.. di usia 14 tahun, suatu kesulitan telah melanda hidup zikri yang membuatkan jiwanya punah. pada ketika itu hanya nurina seorang sahaja sahabatnya, yang sering memberi sokongan dan nasihat buat dirinya. tanpa disedari kesulitan yang menimpa zikri telah membibitkan rasa kasih dan cinta antara mereka berdua. sejak itulah zikri mencintai nurina.

waktu terus berputar, dan kini zikri dan nurina sudah pun menghabiskan zaman persekolahan mereka. pada hari keputusan SPM diumumkan teringat zikri akan isi kandungan surat yang pernah dikirimkan nurina padanya, "zack, nanty kita masuk tingkatan enam sama-sama ya..". zikri tersenyum mengingatkan janji mereka itu dan tidak sabar untuk meneruskan pelajarannya di tingkatan enam bersama cinta hatinya.

hari demi hari berlalu, apabila zikri mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di tingkatan enam, dia turut menerima sekeping warkah dari nurina yang mnyatakan dia tidak dapat menunaikan janji mereka dan meminta zikri menunaikan janji itu. zikri menunaikan janjinya.

pada tahun pertama dia berjaya menjadi pelajar tingkatan enam terbaik keran keputusan cemerlangnya di dalam peperiksaan. nurina bangga dengan pencapaiannya, lntas usatu hari dia mengajak zikri untuk bertemu setelah hampir tujuh tahun tidak pernah bersua muka. tidak banyak bicara yang meniti bibir mereka semasa pertemuan itu, mungkin kerana terlalu rindu atau mungkin kerana masing-masing malu untuk mengungkapkan kata.

kini cume tinggal lagi beberapa bulan sahaja untuk zikri menduduki peperiksaan STPM.
dia berusaha keras untuk mendapat keputusan cemerlang, namun semua ini terhenti setelah dia mendapat berita dari nurina bahawa hatinya sudah dimiliki, dan dia tidak melakukan apa-apa malah dia mengada-adakn cerita bahawa dia juga sudah berpunya walaupun sebenarnya hatinya itu milik nurina, hatinya musnah dek pengakuan nurina itu namun dia rela demi kebahagiaan insan yang paling dia cintai. akhirnya apa yang diusahakan selama ini menjadi sia-sia. impiannya hancur setelah dia begitu hampir dengan puncak menara gading.

sejak dari itu mereka kurang berhubung. namun cinta zikri tidak pernah berubah. setelah dua tahun nurina bersama kekasih hatinya, mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. ketika nurina menyampaikan hasrat hatinya ini kepada ibunya, ibunya sempat bertanya, "bagaimana dengan zikri?", nurina menjawab, "tak tahulah mak, dia tak pernah cakap yang dia sukakan na.".

setelah tiga bulan bergelar tunangan orang,di usia hampir 23 nurina merasakan kini sampailah masa untuk mereka meninggalkan zaman bujangnya dan berumah tangga. malam sebelum nurina diijab kabulkan, zikri menelefon nurina buat kali terakhir sebelum dia bergelar isteri orang. setelah selesai mengucapkan tahniah, hatinya tergerak untuk memberitahu nurina tentang perasaannya kepada nurina, dan nurina turut menyatakan bahawa selama ini dia juga memendam rasa yang sama tetapi dia hanya menunggu kata-kata keramat ini datang dari mulut zikri. namun kini semuanya sudah terlambat, kerana esok dia akan menjadi isteri kepada tunangannya.

semenjak itu, zikri tidak lagi menghubungi nurina kerana bimbang akan merosakkan rumah tangganya. zikri pergi ke borneo membawa hati yang luka dan demi melupakan semua kenangannya. namun hingga kini dia belum dapat menggantikan tempat nurina, dan dia pernah berjanji, yang dia sanggup menerima nurina walaupun dia telah bergelar janda.

zikri redha dengan semua ini, dan hingga kini dia masih menanti. bila dia dikatakan bodoh oleh teman-tamannya yang tahu akan cerita hidupnya ini, dia menjawab, "cinta yang terpendam itu lebih terpelihara kesuciannya berbanding cinta yang selalu terungkap yang memungkinkan kata-kata cinta yang manis itu menjadi tawar keran telah sering menyapa telinga dan kadang-kadang susah untuk dinilai keikhlasannya."

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates