Monday, June 14, 2010
terkadang ku merasa..
aku patot kembali kepada kehidupan asalku..
cara lama ku...
kerana itu semua menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah dan berdikari...
aku adalah insan yang terlalu banyak memendam rasa..
terlalu takut untuk meluahkan segala..
dengan alasan aku tak mahu menjadi beban sesiapa..
terkadang terdetik dihati..
andai ku mampun menjadi seperti yang lain..
mampu bercerita..
mampu meluahkan rasa..
namun...
aku bukanlah sang pencerita..
yang mampu menyusun kata..
bagi menceritakan segala..
baik suka mahupun duka..
dan aku hanya mampu menjadi teman setia kepada semua yang mahu berkongsi cerita..
dan aku berdiam selagi tidak ditanya...
dan sudah menjadi kebiasaan...
untuk ku pendam segala rasa...
bagaikan tiada pernah mengalami kesulitan hidup..
dan ku tutupi segalanya bersama semua hilai dan tawa..
namun sebenarnya aku sedar...
segaris senyumku xmampu menutup apatah lagi mengubat luka dihati...
Friday, June 11, 2010
semakin hari semakin sayang...
semakin hari semakin rindu..
entah kemana kau menghilang...
kenangan bersama sering bertamu..
mengapakah sukar untukku melupakan mu..
mengapa apa yang ku rasa kini tidak seperti waktu mula kita berpisah..
mengapa baru kini ku merindu...
ingatan bersamamu buat hati ku resah lagi gelisah...
sayang..
kau chenta terbaikku..
walau kau telah pergi meninggalkanku...
kau pernah menjadi penawar dukaku..
peneman sepiku...
takkan pernah mungkin ku membencimu...
sayang..
setiap perit jerih yang dilalui...
menguatkan cinta yang bersamadi...
sehingga kini kasih mu itu tak terganti..
kerana ku masih belum mampu membuka hati...
sayang...
sewaktu dulu kaulah peneman setia..
dikala air mata mengalir disaatku berduka..
tapi kini kau tiada..
entah pada siapa hendakku curahkan segala rasa..
sayang...
hidup tanpamu aku tak biasa..
tapi kini ku harus belajar untuk bersendiri semula..
walaupun payah harus ku tempuhi jua..
kerna kita tak mungkin lagi dapat bersama...
sayang...
kau bukanlah yang pertama..
namun denganmu ku jadi lebih mengenali cinta..
kasih yang tulus bersama janji untuk setia..
tak pernah ku menyangka kau kan pergi jua..
sayang...
walau dimana kau berada..
ku berdoa agar kau bahagia..
bersama si dia yang kau cinta..
sebagai ganti impian kita yang hampa..
sayang...
andai dapat kau baca..
luahan hatiku sebagai insan yang terluka..
ku harap kau baik-baik saja...
semoga kau selalu gembira...
kerna senyumanmu mampu membuat aku bahagia..
walau hidupku kini berendam air mata....
Monday, June 7, 2010
best gile arini...
akhirnyer..
setelah bebulan2 ku nantikan saat ini..
setelah sekian lame tidak menjejaki mu..
aku berjaya menapak ke e-box aryni!!!!!!!
rindu gileeee..
sgt puas aty..
da lame x karok kat my fav karok place evaaaaa...
suke2...
suke sgtttt..
yang paling penting..
td bjaye mnyanyikan lagu anuar zain dgn jayenye..
n byk lagu yang aku nk sgt sgt nyanyi sepeti janji seorang kekasih boboy n lagu takkan berpaling dr mu rossa telah bjaye aku sumbangkan..
thank to mi amor...
cik shame sajer...
kerana sudi menemani diri ini..
heheheh...
-i've realised... my heart is healing... =)
Wednesday, April 21, 2010
kenapa kita perlu membenci orang yang pernah kita sayangi setelah sebuah perhubungan itu putus??
tak pernahkah kita terimbas kembali kenangan manis yang pernah dia berikan buat kita?
tak pernah terlintaskah difikiran kita akan kebaikannya untuk kita dulu?
sayang...
selama lebih 3tahun kita menjalani hidup sebagai kekasih..
terlalu banyak kenangan manis yang telah kita kongsi...
tak pernah aku menyangka akan kau membenci diri ini sekelip mata...
maafkan aku jika ada silap ku..
aku tidak berniat melakukan itu..
aku mengerti bukan kau sengaja mahu membenci ku...
aku harap kau dapat renungi segalanya kembali...
kerana aku tahu kau lebih mengenali diri ini..
dan akan kau sedari kau telah menyalah ertikan niat hatiku ini..
Thursday, April 1, 2010
Sahabat, berita pemergianmu benar-benar memberi kejutan. tak pernah ku mengjangkakan kau pergi di usia semuda ini. terasa amat terkilan dengan kehilanganmu ini. manakan tidak, 14tahun usia perkenalan kita, baru beberapa bulan dapat aku bersahabat dengan mu.. bagaikan mimpi kita yang sudah sinonim dengan pergaduhan bila bersua muka mampu menjadi teman rapat dikali terakhir kita bertemu. walaupun persahabatan kita baru bermula.. namun kau tetap sahabat ku.. kau juga taman sejatiku.. takkan pernah aku lupakan segala nasihat dan teguran yang pernah kau berikan padaku.. akan ku semat di ingatan sebagai tanda persahabatan kita.. sahabatku, aku sentiasa mendoakan kau agar tenang disana.. semoga roh mu dicucuri rahmat-NYA dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
Friday, March 19, 2010
ku lafazkan alhamdulillah.. tanda syukur ku kehadrat ILAHI kerana telah memakbulkan doaku, dan memberi kekuatan buat ku melupakan cinta hatiku yang telah berlalu... sayang, walaupun kau telah pergi dari hidup ini, ku raakan kini hidup yang ku jalani lebih baik dari dulu.. terima kasih atas segala kenangan yang telah kau hadiahkan sepanjang pekenalan kita.. baik suka mahupun duka aku tetap akan mengingatinya...
sayang, andai esok nafasku terhenti, ingatilah detik terakhir diri ini.. andai esok nadiku mati, maafkanlah segala kesalahan diri ini.. hanya satu yang perlu kau tahu.. aku gembira mengenalimu dan tak pernah ku sesali hidup bersamamu dulu..
Tuesday, December 29, 2009
"andai itu suratan takdir, aku redha..", itulah kata-kata terakhir zikri setelah mengetahui bahawa selama ini bukan hanya dia yang memendam rase akan tetapi gadis yang dicintainya turut punya rasa yang sama sepertinya.
nurina, seorang gadis desa yang sederhana, berbudi pekerti mulia dan nilai ketimuran yang tinggi. walau rupanya tidak seindah pekertinya, namun inilah wanita bertuah yang memiliki cinta seorang lelaki bernama zikri.
hari yang dinantikan pelajar tahun enam sek.keb air lanas telah pun tiba. semua pelajar tahun enam menunggu nama mereka di panggil oleh guru untuk mengambil keputusan UPSR mereka. setelah menerima keputusan masing-masing, mereka mula memikirkan perjalanan hidup mereka untuk menempuhi alam yang baru sebagai pelajar sekolah menengah. sebelum mereka menamatkan zaman sekolah rendah, ada antara mereka yang sempat bertukar-tukar alamat supaya tidak terputus hubungan.
setelah menamatkan persekolahan di sek keb air lanas, zikri menymabung pelajarannya di sek.men.ugama tarbiah mardhiah, dan sejak itulah dia mula berutus surat dengan nurina. namun pada awalnya mereka hanyalah sahabat yang tak punya apa-apa rasa antara satu sam lain.
waktu merubah segalanya.. di usia 14 tahun, suatu kesulitan telah melanda hidup zikri yang membuatkan jiwanya punah. pada ketika itu hanya nurina seorang sahaja sahabatnya, yang sering memberi sokongan dan nasihat buat dirinya. tanpa disedari kesulitan yang menimpa zikri telah membibitkan rasa kasih dan cinta antara mereka berdua. sejak itulah zikri mencintai nurina.
waktu terus berputar, dan kini zikri dan nurina sudah pun menghabiskan zaman persekolahan mereka. pada hari keputusan SPM diumumkan teringat zikri akan isi kandungan surat yang pernah dikirimkan nurina padanya, "zack, nanty kita masuk tingkatan enam sama-sama ya..". zikri tersenyum mengingatkan janji mereka itu dan tidak sabar untuk meneruskan pelajarannya di tingkatan enam bersama cinta hatinya.
hari demi hari berlalu, apabila zikri mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di tingkatan enam, dia turut menerima sekeping warkah dari nurina yang mnyatakan dia tidak dapat menunaikan janji mereka dan meminta zikri menunaikan janji itu. zikri menunaikan janjinya.
pada tahun pertama dia berjaya menjadi pelajar tingkatan enam terbaik keran keputusan cemerlangnya di dalam peperiksaan. nurina bangga dengan pencapaiannya, lntas usatu hari dia mengajak zikri untuk bertemu setelah hampir tujuh tahun tidak pernah bersua muka. tidak banyak bicara yang meniti bibir mereka semasa pertemuan itu, mungkin kerana terlalu rindu atau mungkin kerana masing-masing malu untuk mengungkapkan kata.
kini cume tinggal lagi beberapa bulan sahaja untuk zikri menduduki peperiksaan STPM.
dia berusaha keras untuk mendapat keputusan cemerlang, namun semua ini terhenti setelah dia mendapat berita dari nurina bahawa hatinya sudah dimiliki, dan dia tidak melakukan apa-apa malah dia mengada-adakn cerita bahawa dia juga sudah berpunya walaupun sebenarnya hatinya itu milik nurina, hatinya musnah dek pengakuan nurina itu namun dia rela demi kebahagiaan insan yang paling dia cintai. akhirnya apa yang diusahakan selama ini menjadi sia-sia. impiannya hancur setelah dia begitu hampir dengan puncak menara gading.
sejak dari itu mereka kurang berhubung. namun cinta zikri tidak pernah berubah. setelah dua tahun nurina bersama kekasih hatinya, mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. ketika nurina menyampaikan hasrat hatinya ini kepada ibunya, ibunya sempat bertanya, "bagaimana dengan zikri?", nurina menjawab, "tak tahulah mak, dia tak pernah cakap yang dia sukakan na.".
setelah tiga bulan bergelar tunangan orang,di usia hampir 23 nurina merasakan kini sampailah masa untuk mereka meninggalkan zaman bujangnya dan berumah tangga. malam sebelum nurina diijab kabulkan, zikri menelefon nurina buat kali terakhir sebelum dia bergelar isteri orang. setelah selesai mengucapkan tahniah, hatinya tergerak untuk memberitahu nurina tentang perasaannya kepada nurina, dan nurina turut menyatakan bahawa selama ini dia juga memendam rasa yang sama tetapi dia hanya menunggu kata-kata keramat ini datang dari mulut zikri. namun kini semuanya sudah terlambat, kerana esok dia akan menjadi isteri kepada tunangannya.
semenjak itu, zikri tidak lagi menghubungi nurina kerana bimbang akan merosakkan rumah tangganya. zikri pergi ke borneo membawa hati yang luka dan demi melupakan semua kenangannya. namun hingga kini dia belum dapat menggantikan tempat nurina, dan dia pernah berjanji, yang dia sanggup menerima nurina walaupun dia telah bergelar janda.
zikri redha dengan semua ini, dan hingga kini dia masih menanti. bila dia dikatakan bodoh oleh teman-tamannya yang tahu akan cerita hidupnya ini, dia menjawab, "cinta yang terpendam itu lebih terpelihara kesuciannya berbanding cinta yang selalu terungkap yang memungkinkan kata-kata cinta yang manis itu menjadi tawar keran telah sering menyapa telinga dan kadang-kadang susah untuk dinilai keikhlasannya."





